Apr 18, 2013

hari keempat - jelajah benua asia

bismillahirrahmanirraheem..

setelah penat berjalan dari pagi ke malam semalam..
hari ke-4 sengaja di atur utk bersantai dan rehatkan kaki..
kami menaiki feri ke seberang sana benua.. iaitu benua asia
turun train di stesen sirkeci dan bergerak menghala ke pelabuhan
Alhamdulillah.. nak cari feri ke kadikoy (benua asia) tak susah..
naik atas feri ja.. cay (teh) satu! siap makan simit lagi. padahal dah breakfast!

tiba di kadikoy terasa agak kurang kesibukannya..
berbanding dengan sultanahmet dan taksim.
daripada bacaan disini, kami menuju ke belon besar..
rupanya dah lama out of gas! huhuhu.. sungguh tiada rezeki :(

menuju belon
teruja menuju belon tapi akhirnya hampa

kempunan tak dapat naik di istiklal semalam.. kami meneruskan perjalanan mencari historical tram.  semasa menunggu tram ada pekerja majlis bandaraya datang bersembang2 dengan kami. rupanya diorang tak tahu malaysia di mana! bila sebut thailand, singapore baru nampak macam OOOOOoooo.. hehe..
berbicara umpama ayam itik tapi soalan yg kami boleh faham.. zaujah. wahid? hahaha.. dahla bini yg tlg translate kat suami.. itu pulak yg ditanya :p tapi sangat terasa ukhwah fillah! sebelum naik tram siap berpeluk-arab! masyaallah.. alhamdulillah.. rasa hepi sangat!

we are brothers
bilal & mettin say: we are brothers! 

kami turun tram entah dimana dan kaki hanya melangkah mengikut agakan sahaja.. akhirnya tiba di kawasan pasar. pasarnya dicelah2 kedai.. tapi barangan yg dijual.. ikan, sayur, buah sangat2 fresh! geram rasa nak cuit2 nak petik2. langsung takdak bau hanyir! sangat bersih! oh ya.. sepanjang pemerhatian kami.. memang masyarakat turki sgt mementingkan kebersihan. sampai dihujung pasar, azan zohor berkumandang dan kami menuju masjid yg berhampiran.. lupa nama masjid tua itu. tapi sangat kagum sebab masjid penuh! yg lelaki sampai berjemaah di lura masjid! kawasan solat wanita pun lebih tigasuku penuh! alhamdulillah..

the freshest
semuanya sangat fresh!!!


keluar dari masjid kami mengisi perut digerai kebab berhampiran. sementara tunggu anak2 selesai makan, rayau2 sekejap di lorong2 berhampiran.. kebanyakannya jual makanan mentah macam cheese (peynir), bahagian kambing yg dah dimasak.. kepala kambing pun ada! tekejut sekejap. hehe.. nasik yg digulung dalam daun anggur.. clam.. macam2 lah! seronok tengok :D

the weirds
kepala kamben pun ada!


seterusnya kami naik feri semula menuju ke kawasan eropah. tiba disana kami berhajat naik bas ke miniaturk. agak lama juga tunggu bas.. dan agak jauh dan berliku2 juga perjalanan ke miniaturk. tiba di miniaturk kelihatan sangat sunyi dan damai.. mungkin sebab ukan hari cuti agaknya. yang ada hanya pelancong asing. dan tiada kelihatan wajah2 asia.

anak2 kegirangan dapat merasai pengalaman simulation helicopter.. dan main go-kart. pertama kali dlm hidup mereka! yg excited terlebih nak tengok replika bangunan lama & replika keajaiban alam ciptaan Yang Esa hanyalah ummi & bibik! hehe.. setiap satu ditelek dibelek sampai kena jerit dengan anak2. ummi jomla balik!! ok. ummi dah simpan niat nak datang lagi turki.. nak ke pamukkale & cappadocia. ikut agent saja nanti. insyaallah..

bursa ulu camii
muaz dihadapan replika bursa ulu camii (masjid besar bursa)

selepas makan & berjemaah isya' di yeni camii di eminonu, kami terus pulang ke rumah sewa. hanya adik ipar meneruskan perjalanan mencari hadiah utk hantaran perkahwinan ;)

yeni camii 1597
'isya in yeni camii est.1597

tips hari ke-4: go with the flow & enjoy your day! :)

Mar 7, 2013

hari ketiga - dari topkapi ke taksim

bismillahirrahmanirraheem..

dah masuk tahun baru, masih sambung kisah yang lalu..
seawal pagi keluar dari apartment di fatih menuju ke sultanahmet
namun pagi itu tram hanya berhenti di stesen grandbazaar
bila ditanya kiri kanan bagaimana mahu ke topkapi?
ditunjuk jari tanda berjalan kaki. hah. siaplah engkau wahai kaki!

tiba di sultanahmet, kami tercari-cari topkapi.. lantas di tanya pada pak polisi
"where is the topkapi?" what? topkapi? ooohh.. topkape!
ya, begitulah mereka menyebutnya: topkape (e bunyi macam emak)
tiba di pintu gerbang, ada 2org askar sedang berkawal.
masuk ke dalam.. sungguh luas kawasannya!
dan MasyaAllah sungguh indah pemandangannya!
tiba di kaunter tiket.. bayar apa yang patut dan terus masuk cari tandas!
hihi.. sejuk lorr.. memang asik cari tandas je :p
alhamdulillah.. tandas di istanbul bersepah2.. dan konfem ada air.

topkapi sarayi (istana topkapi) merupakan istana yg didiami sultan2 uthmaniah
selama lebihkurang 400 tahun lamanya!
apa yang ada dalam istana topkapi? macam2!
yang paling menggetarkan hati adalah pabila masuk ke satu bilik (nama: has oda)
yang menyimpan khazanah tinggalan rasulullah s.a.w dan sahabat2 baginda
rambut baginda, janggut baginda, pedang baginda, pakaian baginda
subhanallah.. terasa umpama baginda berada disisi.. menitis airmata ini.

topkapi
bosphorus sraits view from topkapi sarayi is amazing! subhanallah..

ada bilik yang menyimpan porcelain dan tembikar dari china dan jepun
ada bilik yang menyimpan batu permata dan perhiasan yg digunapakai
(mat2 saleh teruja sgt tengok batu2 permata tapi bagi saya ia hanya batu ciptaan Allah!)
ada bilik yang menyimpan peralatan perang zaman uthmaniah
ada bilik yang menyimpan gambar2 sultan2 dari sebelum sultan muhammad al-fateh
ada bilik yang menyimpan barang dapur2 - silverware, glassware, etc.

bila tiba di satu kawasan lain yang dinamakan harem, perlu bayar lagi tiket
andai tiba di topkapi sarayi, masuklah kedalam harem
seperti dapat dirasai kehidupan mereka pada zaman dahulu
utk concubine.. ada laluannya tersendiri..
utk isteri2 sultan ada bilik mereka tersendiri
utk anak2 sultan, ada bilik belajar.. ada bilik utk bersunat..
dan orang paling berkuasa dalam harem adalah bonda sultan!
pastinya kawasannya adalah antara yg paling luas di dalam harem.

inside the harem
inside harem. 

kami keluar dari topkapi dengan perasaan bercampur baur
masih terasa seperti berada di zaman pemerintahan uthmaniah
kemudian bertembung pula dengan istanbul marathon runners.
(dek marathon itulah tram tidak beroperasi)

shop
adik ipar sedang tawar menawar harga - guna kalkulator! ;)

usai solat jama' di masjid zeynep sultan kami meneruskan perjalanan..
ya.. berjalan kaki menuju ke taksim
bukan dekat.. memang saaaaangat jauh!
tapi disebabkan semua orang disitu hanya berjalan kaki.. jauh pun tidak terasa
sehinggalah tiba di sirkeci. kami naik tram dan turun di stesen karakoy
nun disebelah sana jambatan galata.
maka bermulalah pendakian ke galata tower

kami hanya mengikut papan tanda: galata tower
rasanya susut 2kilo dek memanjat bukit dan anak tangga yg banyak.
dicelah2 bangunan tinggi.. kami mendaki.. konakiri konakanan
Alhamdulillah.. akhirnya tiba jua!
panjang betul barisan orang beratur nak naik keatas.
apa yg ada diatas sana? selain pemandangan yg indah..
ada cafe nun di puncak tower itu.. tapi kami tak naik. tak daya nk beratur

galata tower
jenoh kerabat!

usai berehat2 di kedai kopi depan tower tersebut
(motif utama adalah singgah ke bilik air :p)
kami meneruskan perjalanan-kaki mencari istiklal caddesi (road)
sekadar mengikut signboard.. akhirnya jumpa roundabout
& signboard istiklal tak kelihatan lagi!
kami mula bercakap umpama ayam-itik dgn orang yg lalulalang
kena panjat anak bukit lagi.. anak tangga lagi..
tapi bila dah sampai.. jumpa kedai aiskrim amboi syoknya!

istiklal caddesi
the infamous istiklal street!

di istiklal kami tertunggu2 historical tram tapi tak kunjung tiba..
akhirnya bertanya pada polis.. mana tramnya encik??
apa yg kami faham katanya ada demonstration. no tram. walk only.
aiyo.. demonstrasi apa pulak ni???
maka kami pun berjalankaki sepanjang istiklal caddesi
dari langit kebiru-biruan hinggalah hitam pekat! its 2km walk!
macam2 kedai ada disepanjang jalan tersebut..
paling suka tengok kedai makan...
macam2 pesen dok ada! macam2 ragam manusia!

tiba2 di pertengahan jalan ada polis (mcm FRU je gaya) berkumpul
kami mula takut dan saspen tapi bila dilihat org ramai berlagak biasa
umpama perkara biasa & tiada apa2 yg berlaku..
umpama kami sahaja yg tercengang2 tertanya2 apokobondo weh??
rupanya ada demonstrasi yg dikatakan polis tadi..
tunjuk perasaan aman.. polis sekadar berkawal..
dan hampir setiap minggu ada aktiviti yg sama: demonstrasi
andai ada yg nak disuarakan.. demonstrasi. lokasi? istiklal caddesi.

istiklal
dari cerah sampai hitam pekat langit tu..

tiba dihujung jalan, berjumpa dengan tugu mustafa kamal attaturk
kami mencari train nak balik ke seberang "old-town"
rupanya tunnel tu adalah train bawah tanah :p
sampai di rumah semua kepenatan dan masing2 urut kaki dgn minyak panas :)

pengajaran hari ke-3: historical tram on istiklal caddesi tak gerak on sunday nite!

Nov 30, 2012

hari kedua - bazaars

bismillahirrahmanirraheem..

kawasan pelancongan istanbul kebanyakannya boleh dijejaki menggunakan lrt
peta pelancong istanbul dan buku yang detail bersama map insyaallah sangat membantu
informasi dari beberapa website dan blogspot juga banyak memberi idea nak kemana? dimana?
tapi jangan terpedaya dengan peta yang ada..
ia tidaklah selengkap mana.. akhirnya kena bertanya juga..

hari kedua kami ke grand bazaar.. memang ada station turun di hadapan pintu masuk grand bazaar.
bazaar lama yang macam2 ada itu tidak sempat kami jejaki sepenuhnya.. dan mungkin tidak sampai suku kawasan pun.. dek anak2 yg kebosanan dan keletihan.. mereka lebih rela berjalan dan makan dan berjalan dan makan daripada membeli belah di jalanan.

grand bazaar

keluar dari grand bazaar.. azan zohor pun berkumandang.. kami singgah solat di mercan aga camii yg saya sangat kagumi iznik tile didindingnya.. seterusnya kami menuju ke spice bazaar.. melalui uzuncarsi caddesi (street) yang memang dicari.

mercan aga camii - in btwn the shops

kenapa uzuncarsi caddesi?
saya lupa sumber dari mana.. menyatakan disitulah dijual barang2 cenderahati yg murah2.. namun.. realitinya.. kami hanya jumpa satu kedai cenderahati. selebihnya.. farmasi, kedai barang tembaga, kedai senjata, kedai kasut, kedai pakaian, kedai beg, dan hardware store!
dan memang benar.. harga keychain disini hanya TYL1 (TYL1 = RM1.70) berbanding TYL3 didalam bazaar. tapi saya lupa nak  shopping! bertuah!

otw frm grand bazaar to spice bazaar

dalam perjalanan yg agak jauh tapi tak terasa sebab leka tengok kiri kanan, kami berhenti rehat makan kokorecci (macam kebab), pide (pizza bentuk sampan) dan kebab. setibanya di dalam spice bazaar.. kelihatan sponge dan daging (sucuk) bergantungan. spice bazaar lebih kecil daripada grand bazaar dan lebih banyak barang2 mentah seperti rempah ratus, serbuk teh, manisan turki, keju, daging, madu dll berbanding grand bazaar yang lebih banyak barang perhiasan, t-shirt, carpet, tembaga, dll.

spice bazaar

saya tak pasti spice bazaar mempunyai berapa pintu.. tapi laluannya umpama hanya ada 2 pintu. kami hanya mengikut arus manusia yg ramai dan tiba di pintu satu lagi, berhadapan kawasan eminonu, berhampiran yenii camii (masjid baru yg dibina pada tahun 1548?). hujan lebat ketika azan asar berkumandang.. kami lantas berteduh & bersolat di dalam yenii camii. usai azan kami hanya berlegar2 di terowong bawah menuju ke stesen lrt eminonu dan seterusnya pulang ke rumah.. dalam perjalanan kami turun di stesen Aksaray utk ke AVM Outlet (underground shops). tiada yg menarik pada pandangan mata kami dan kami meneruskan perjalanan pulang ke rumah sewa.

niat dihati nak ke shopping mall: forum istanbul menggunakan metro - train bawah tanah (stesen aksaray) tapi anak2 dah keletihan berjalan.. hanya suami keluar berseorangan ke shopping mall berhampiran iaitu historia shopping mall.

tips hari kedua:

  • sediakan payung sebelum hujan!
  • sediakan list barang yg nak dibeli dan utk siapa kalau dah tahu nak ke bazaar :D


Nov 23, 2012

hari pertama - sultanahmet

bismillahirrahmanirraheem..

tangan ini kelu utk menaip kisah suka kami di istanbul
kerna di tika dan saat ini Gaza masih berduka
walaupun gencatan senjata sudah bermula
namun ia bukan pengakhiran episod ngeri mereka
pihak durjana itu takkan berhenti memusuhi
sehingga ke akhir hayat dunia fana ini!

sesuatu yang baik harus dikongsi..
itulah saja ayat penyedap hati ini.

bermula dari aturcara
hingga ke persiapan terakhir
semuanya atas batu jemala hamba
(sendiri yg gedik sendiri tanggung lerr!)

5 hari disana terasa singkat.. terasa tak puas
sedangkan rata2 berkata.. bosan wehh!! 3 hari cukup dah!

hari pertama - berjalan disekitar sultanahmet (ayasofia, blue mosque & obelisk) & menaiki bosphorus cruise.
hari kedua - hari paling banyak menghabiskan duit bak kata kak insyirah - grand bazaar, uzuncarsi caddesi & spice bazaar (juga yeni camii)
hari ketiga - hari paling banyak berjalan - topkapi palace, galata tower, istiklal caddesi (taksim)
hari keempat - menjelajah benua asia (kadikoy) dan seluruh turki di miniaturk
hari kelima - jalan2 cari masjid: fatih camii, eyub sultan camii & pierre loti.

semua tempat dituju menggunakan keretapi atau ferry.
kecuali ke eyup sultan camii.. kami cuba menaiki teksi.
nyata sekali seperti yg dijangka..
ungkapan 90% teksi akan "ketuk" tourist benar belaka.

pertama kali menjejak kaki ke ayasofya atau nama asalnya haghia sophia
terasa kagum dgn senibinanya.. yg sudah beribu tahun.. tapi masih utuh dan gagah!
MasyaAllah.. Subhanallah.. Maha Suci Allah yang memberi ilham kepada manusia
dan terus terimbau dikala Sultan Muhammad Al-Fateh menjejakkan kakinya disitu
baginda telah melumurkan tanah kedahi lantas sujud syukur atas kejayaan mereka
lantas Gereja hebat Haghia Sophia ditukarkan menjadi Masjid AyaSofya
namun pemerintah sekular telah menukarkannya menjadi muzium dan kekal ke hari ini.

ayasofia  

inside ayasofya

nun di seberang sana.. berhadapan dengan AyaSofya, terletak Masjid Biru
masjid yang sengaja dibina bertentangan gereja..
untuk menunjukkan Islam juga hebat! Islam juga boleh buat!
arkitekturnya MasyaAllah! sangat berseni. sangat teliti.
pertama kali menghadiri solat jumaat di Istanbul..
Alhamdulillah.. masjid hebat yg besar itu penuh! melimpah hingga ke luar!

bluemosque

inside blue mosque
--ditika jumaat masih muda--

usai makan tengahari kami menaiki keretapi ke pelabuhan
untuk menaiki bosphorus cruise.. banyak info dlm link sini
dalam tergesa2.. ferry turyol yang dicari, ferry sehit hatlari yang dinaiki
dalam kesepian tiada makluman, 2jam perjalanan terasa sangat bosan
walaupun yang dinikmati adalah keindahan alam Tuhan dan buatan
Alhamdulillah.. segala puji Hanya Bagi Allah Tuhan Sekelian Alam

on the cruise

tips hari pertama: jangan kalut! cari sampai jumpa dan memang akan jumpa juga akhirnya.

Nov 22, 2012

istanbul kami datang!

suatu impian yang telah menjadi kenyataan!
Alhamdulillah. segala puji hanya bagi Allah.

pencetus utama adalah buku Al-Fateh ini
usai selesai mengerjakan ibadah haji..
siang malam bermimpikan istanbul
kota yang telah disebut didalam hadis Rasulullah s.a.w:
"Constantinople pasti akan ditawan (oleh Islam). Pemerintahnya adalah sebaik-baik pemerintah dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera. " (Riwayat Imam Ahmad) 

nak dijadikan cerita.. perut sudah berisi.
aduhai.. semakin panjanglah angan2ku ini..
maka dipujuk sang suami:
mohle kite tahun ni.. nanti dah ada baby, susah nak panjang kaki
siang malam dipujuk..tiada reaksi
siang malam ditelek website qatar & malaysiaairlines
siang malam dijengok tempat2 yg ingin dilawati.. MasyaAllah indahnya!

dikeheningan malam dahi tunduk ke sejadah..
lantas menadah tangan memohon pada Yang Esa
Ya Allah.. sekiranya hajat ini baik utk diriku dan keluargaku..
ku mohon padaMu.. cahaya petunjuk dan kebaikan

dan di suatu malam.. di saat diri leka didepan pc
sang suami tiba-tiba bersuara:
jom!
Subhanallah.. Maha Suci Allah..
syukur kupanjatkan kepadaMu Ya Allah..

bila hampir tiba masanya..
debaran semakin kuat!
tak pernah kesana. tak faham bahasanya.
diangkut pula anak2 kecil besar belaka!
malah, tiada agen pula!

4 hari sblm hari keberangkatan..
Allah tidak mengizinkan baby dlm perut membesar
maka terpaksa melalui proses D&C buat kesekian kalinya
anak2 yg kegirangan dirundung duka
sedih takdak baby. sedih tak dapat pergi.
simpati hanya pada mereka..
digagahkan jua diri yang masih lemah
melangkah menembus awan ke negara dua benua
istanbul kami datang!
dan hari ini ia masih seperti dalam mimpi.. yang sgt indah..

the blue mosque

Nov 20, 2012

ujian kecil

bismillahirrahmanirraheem..

benarlah kata orang.. pengalaman mematangkan manusia
kali pertama.. perasaan takut akan menerpa.. segalanya jadi tanya
kali seterusnya.. tiada lagi kegusaran.. tiada lagi pertanyaan..
hanya teruskan perjalanan.. corakkan kehidupan dari pengalaman
ya.. hidup perlu diteruskan. selagi nyawa dikandung badan

apa saja yg berlaku
ada hikmah disebaliknya
adakah ia ujian? ataupun suatu rahmat?
hanya Allah yang Maha Mengetahui
ketuklah pintu istighfar andai ingin ketemu jawapan
namun janganlah hampa.. usir jauh rasa kecewa
bersyukurlah! segala puji hanya bagi Allah!!

raihlah redhaNya.. gamitlah rahmatNya..
sebagai bekalan akhirat sana
semoga kita tergolong dalam golongan istimewa
golongan kanan yang teristimewa disisiNya..

sumber

"Kita Adalah Hamba
Berbakti Pada Yang Esa

Aku Mencari Sinar Keredhaannya

Kita Sama Sahaja
Bezanya Cuma Amalan Kita
Engkau Dan Juga Aku Saling Perlukan"



Nov 4, 2012

Abu Anas Madani: Pesanan Buat Para Hujjaj

Abu Anas Madani: Pesanan Buat Para Hujjaj: Pesanan Buat Para Hujjaj Wahai Haji / Hajjah, Mulakan Amalan Baik Kamu . Dr. Abdul Wahhab Bin Nasir Al-Turairi. [Islamtoday.net] Ketika mat...