Jul 25, 2011

dua hari satu malam di melaka

percutian ke melaka baru2 ini tidak dirancang sempurna
niat nak bawak mak jalan2 makan angin luar kl pun tak tercapai
tapi niat cuti2 diteruskan juga mengenangkan anak2 dah teruja sangat nak berjalan2!
dan juga  booking rumah dah pun dibayar sebanyak separuh drp harga penuh.

kami tiba di melaka sedang elok waktu makan tengahari
saya mencari dlm internet.. tempat makan yg sesuai utk sekeluarga
dan paling utama.. buka pada waktu tengahari
kebanyakan restoran asam pedas yg popular dibuka selepas jam 5pm
dan kebiasaannya dibuka sehingga jam 1-2am!

dalam mencari kedai asam pedas power abg piee.. (pun dibuka selepas jam 5!)
kami terjumpa RESTORAN LOT 85 yg dipenuhi manusia umpama semut hurung gula
restoran ni terletak di jalan puteri hang li po, dalam kawasan durian daun
makanan popular disini adalah nasi beriyani
tapi kami makan nasik putih & lauk2 saja.. sedap!
alhamdulillah.. anak2 pun kenyang..

parking penuh!

selepas makan kami singgah solat zohor di masjid al-azim (masjid negeri melaka)
bersebelahan masjid ini ada muzium quran melaka. masuk hanya RM2.
pelbagai jenis alquran lama dipamerkan.. termasuk dr acheh & jawa
ditingkat atas dipamerkan maklumat2 berkaitan tulisan khat
dan bagaimana alquran dihasilkan (tulisan, print, color, etc)
alhamdulillah.. satu pengalaman baru buat anak2 (dan ummi abah depa!)


alquran awal kurun ke-19 dari acheh ini diperbuat daripada kulit kayu
khat 99 nama Allah. harganya RM99,000.

seterusnya kami check in di HOMESTAY TAMING SARI (VILLA DMDI) di Kg.Morten
homestay ini diuruskan oleh tamingsari berhad (syarikat operasi menara tamingsari)
rumahnya agak besar.. ada 3 bilik, 2 bilik air dan dapur sangat lapang!
ada dapur gas, peti sejuk, periuk nasi, pemanas air dan juga mesin basuh
tetapi tiada air-cond, tiada heater air panas dan banyak nyamuk :p
namun budak2 seronok tinggal disini (depa jakun dgn rumah kampung!)
alhamdulillah.. niat nak merayau2 di kg. morten tercapai :)


rumah 'kami' - homestay taming sari
sangat comel! sangat indah! sangat rendah!

sebelah petang kami keluar mencari coconut shake kelebang
wah! panjangnya barisan orang beratur! tempat duduk pun penuh!
saya ikut berbaris juga.. dan terpaksa menunggu hampir 40minit
demi coconut shake special berharga RM2.00 (bungkus RM2.20)
ada yg order 10bungkus, ada yg order 12 bungkus! mana la tak lama menunggu
walaupun tukang buat, tukang bungkus dan semua tukang kelihatan sgt cekap!
alhamdulillah.. puas hati dpt minum coconut shake yg diidamkan :)

cik abe kata sama mcm kelate punya.. nk kelik kelate jauh!

seterusnya baru kami pusing balik menuju ke bandar melaka..
layankan budak2 naik naik beca (nuha sebut besha :p)
cuma pusing2 saja & tak berhenti masuk muzium pun..
tamat pusingan 'besha' kami panjat tangga ke kawasan meriam
wah! suka betul anak2 dapat panjat meriam!
alhamdulillah.. bila anak2 suka, ummi abah rasa puas juga :)

my lovelies..

niat asal nak ke jonker walk tak dilupakan
terasa bagaikan di negeri lain bila masuk kawasan ini..
anak2 sibuk mencari mainan utk dibeli setelah dpt lampu hijau
dalam banyak2 barang yang dijual.. dalam pelbagai jenis barang yg pelik2
akhirnya kakak beli jigsaw puzzle & adik2 beli belon!
(macamlah takdak jual kat tempat lain :p)
alhamdulillah.. seronok ambil gambar dikawasan ni..

anak2 lama merenung barang2 disini..


selepas penat berjalan, kami menuju ke restoran pak putra
restoran ini terletak di taman kota laksamana..
kalau dari pintu masuk casa del rio jalan terus saja kedepan..
selepas jumpa restoran asam pedas hajah mona
akan jumpa restoran pak putra ni. skrg dah bukak 2 pintu!
tapi agak terkilan.. tandoorinya tak 'power' mcm dulu
alhamdulillah.. ada juga nasik lemak buat kak insyirah :)

jam 7pm.. separa penuh. jam 8pm.. fully packed!

selesai makan kami mencari surau/masjid utk menunaikan solat maghrib
sayangnya surau di taman kota laksamana umpama dewan terbiar :(
pusing masuk balik dlm bandar, kami jumpa masjid kampung hulu
masjid ini merupakan masjid tertua di malaysia. dibina pada tahun 1728
arkitektur masjid ini sama seperti masjid2 lain di melaka
rekabentuk bangunannya ada pengaruh jawa dan cina
masjid ini dihias sgt indah! dipintu masuk ada 2 meriam kecil
dan juga diletakkan beduk di tingkat atas
mimbarnya juga sgt2 cantik & berseni
cuma kawasan kubur kelihatan agak terbiar :|
alhamdulillah.. dapat juga solat 'isya berjemaah di masjid tertua ini

meriam comel dikiri & kanan pintu masuk

beduk ditingkat atas. bawah beduk tu pintu masuk.

selesai solat kami berniat untuk menyusuri sungai melaka dengan bot
tapi bila dah beli tiket baru kami sedar.. panjang betul barisan menunggu!
tunggu 2jam pun belum tentu dapat naik lagi :(
memandangkan anak2 keletihan, kami tukar acara.. jom kita naik monorel!
monorel ni cuma ada 3 gerabak. satu gerabak ada 7 kerusi. ngam2!
sekejap saja naik monorel ni berbanding river cruise..
alhamdulillah.. lagi pengalaman baru buat anak2

monorel comel ;)

keesokan hari saya berjalan2 dengan anak dara disekitar kg. morten
sayangnya tak dapat masuk ke dalam villa sentosa
pagar bertutup rapat.. mungkin tiada orang dirumah?
tapi jalan kedepan sikit jumpa lagi 2-3 rumah yang dijadikan homestay
ada villagestay, ada juriah homestay, ada err.. lupadah!
jalan lagi jumpa rumah err.. rumah merdeka?
sangat menarik! macam2 pokok hiasan & replika rumah melaka ada.
alhamdulillah.. gembira tgk rumah2 lama dijaga dgn indah dan bersih..



rumah merdeka


juriah homestay - 017-6714946

sarapan pagi esoknya cuma ala kadar.. bekalan roti sapu kaya/ peanut butter
jam 10pagi kami dah naik river cruise.. kali ni pemandunya seorang wanita
macam2 ceritanya.. daripada biawak2 yang diberi makan sebulan RM500
sehinggalah ke tempat makan terbaek di bandar melaka.
ha.. tempat inilah yang kami nampak dulu! restoran selera kampung
alhamdulillah.. lauk2 sangat sedap dan menyelerakan! kami pasti datang lagi!
insyaallah..


memang terbaek!


alkisah ekspedisi singkat melaka kali ni dah tamat
walaupun impian nak mandi di melaka wonderland tak tercapai
anak2 tetap seronok & gembira dengan percutian kali ni
insyaallah.. tahun depan kita p melaka lagi ya..
mungkin buat ekspedisi melawat muzium2 pulak ;)

notakaki:
k.insyirah kata rasa macam kat singapore..
bila ditanya kenapa cakap mcm tu, dia kata tak tahu..
mungkin sebab rekabentuk bangunan lama yg hampir sama?
mungkin sebab melaka bersih mcm disana?

3 comments:

Dilla said...

Ju, Asam Pedas Power Abang Pie tu hak yang seberang jalan Perigi Hang Li Po tu ke? Kalau hak yang tu la, Masya-Allah, memang sedap giler asam pedas dia! Waaa... saya rasa nak terbang jap ke Melaka makan asam pedas tu!

mrs plain-june said...

aa.. dia kat jln puteri hang li po. tp tak pasti lokasi dia seberang jln dgn perigi tu.. bleh try yg kat setiawangsa nnti.. tp budak2 sure takleh makan.. sbb org kata pedas dia berapi2!

Dilla said...

Ju, asam pedas dia berapi sebab dia letak lada hitam. Memang berasap la makan, tapi memang sedap. Saya macam terasa-rasa lagi asam pedas tu walapun 1st time makan tu tahun 2008. Hehehehe...