![]() |
| sumber |
Siapa Sultan Muhammad Al-Fateh sebenarnya?
Apa kejayaan yg telah beliau kecapi selama hayatnya?
Kenapa umat islam khasnya pemuda pemudi harus mencontohi beliau?
Jawapan kepada soalan2 tersebut ada terkandung dalam artikel iluvislam disini
Us. Syaari telah menyenaraikan 10 faktor kejayaan Al-Fateh yang dapat diaplikasikan oleh ibubapa masakini. Semoga anak2 yang dididik dapat menjadi sehebat Sultan Muhammad Al-Fateh! Ameen..
- Walk the Talk!
- ibubapa harus menjadi contoh kepada anak2. Sultan Murad sendiri adalah seorang yg warak dan tawadhuk dan anaknya Sultan Muhammad II telah mencontohi beliau.
- Kuasa Solat - membentuk karakter
- Kehebatan karakter Sultan Muhammad Al-Fateh, terletak pada rahsia dan kuasa SOLAT FARDHU yang tidak pernah beliau tinggalkan, dan juga solat RAWATIB dan solat TAHAJJUD.
- clear vision - drp menghadap qiblah
- preparation - drp berdiri tegak
- hormat - drp rukuk dan tahiyyat
- Alquran didada - dengan menghafaz Al-Quran, ilmu syari'atullah dapat diperkukuhkan!
- Galakan berimaginasi - fokus pada matlamat.
- peta konstantinopel ditampal di tempat tidur Sultan Muhammad II sejak beliau kecil lagi.
- bagi ganjaran apabila anak telah menyelesaikan sesuatu kerja dengan sempurna
- Hukuman membina
- Sultan Muhammad ketika kecil tidak mahu membaca atau menghafaz Al-Quran dan bapanya telah menggaji seorang guru Al-Quran khusus utk beliau.
- guru tersebut telah diamanahkan utk merotan anakanda beliau, seandainya tetap keras degil tidak mahu belajar Al-Quran dan benar, Sultan Muhammad pernah dirotan oleh tok gurunya.
- Praktikal - platform praktikal berupaya meningkatkan keyakinan anak
- Sultan Murad sentiasa membawa anaknya sejak kecil lagi, ke medan peperangan - belajar daripada pengalaman sendiri.
- Sultan Murad telah membiarkan anaknya memegang tampuk pemerintahan, menjadi Sultan seawal usia 9thn - belajar buat keputusan dan belajar terima risiko.
- Master your field - belajar jurusan profesional yg khusus
- Sultan Muhammad telah menguasai 7 bahasa: Turki, Arab , Latin, Parsi, Greek, Serbia & Hebrew.
- Beliau juga telah mempelajari ilmu peperangan, ilmu matematik, geografi dan mengkaji sejarah.
- pada masa kini, mungkin ilmu pengkomputeran dan media massa lebih releven?
- Memilih pendidik yang terbaik - peranan guru disekolah
- Memilih murabbi yang terbaik - peranan guru agama/ spiritual
- Guru Sultan Muhammad II, Syeikh Syamsuddin sentiasa bersama beliau memberi motivasi dan semangat, sehingga ke medan peperangan.
- Baca! Baca! Baca!
- membaca sumber ILMU!
- Sultan Muhammad tetap terus membaca dan berdiskusi tentang apa yg dibacanya, walaupun selepas Kota Konstantinopel ditakluk.
Us. Syaari juga berkongsi supaya mendidik anak dengan acuan Islam.. bermula daripada memilih isteri, ketika anak di dalam perut ibu dan seterusnya..
Selain daripada itu, panggil anak dengan gelaran yang elok kerana panggilan adalah doa. Sultan Muhammad II dipanggil Al-Fateh (pembuka) sejak beliau dilahirkan lagi.
![]() |
| novel sejarah islam yg sangat menarik! keluaran PTS |
![]() |
| buku us.syaari, juga keluaran PTS |



0 comments:
Post a Comment