Nov 30, 2012

hari kedua - bazaars

bismillahirrahmanirraheem..

kawasan pelancongan istanbul kebanyakannya boleh dijejaki menggunakan lrt
peta pelancong istanbul dan buku yang detail bersama map insyaallah sangat membantu
informasi dari beberapa website dan blogspot juga banyak memberi idea nak kemana? dimana?
tapi jangan terpedaya dengan peta yang ada..
ia tidaklah selengkap mana.. akhirnya kena bertanya juga..

hari kedua kami ke grand bazaar.. memang ada station turun di hadapan pintu masuk grand bazaar.
bazaar lama yang macam2 ada itu tidak sempat kami jejaki sepenuhnya.. dan mungkin tidak sampai suku kawasan pun.. dek anak2 yg kebosanan dan keletihan.. mereka lebih rela berjalan dan makan dan berjalan dan makan daripada membeli belah di jalanan.

grand bazaar

keluar dari grand bazaar.. azan zohor pun berkumandang.. kami singgah solat di mercan aga camii yg saya sangat kagumi iznik tile didindingnya.. seterusnya kami menuju ke spice bazaar.. melalui uzuncarsi caddesi (street) yang memang dicari.

mercan aga camii - in btwn the shops

kenapa uzuncarsi caddesi?
saya lupa sumber dari mana.. menyatakan disitulah dijual barang2 cenderahati yg murah2.. namun.. realitinya.. kami hanya jumpa satu kedai cenderahati. selebihnya.. farmasi, kedai barang tembaga, kedai senjata, kedai kasut, kedai pakaian, kedai beg, dan hardware store!
dan memang benar.. harga keychain disini hanya TYL1 (TYL1 = RM1.70) berbanding TYL3 didalam bazaar. tapi saya lupa nak  shopping! bertuah!

otw frm grand bazaar to spice bazaar

dalam perjalanan yg agak jauh tapi tak terasa sebab leka tengok kiri kanan, kami berhenti rehat makan kokorecci (macam kebab), pide (pizza bentuk sampan) dan kebab. setibanya di dalam spice bazaar.. kelihatan sponge dan daging (sucuk) bergantungan. spice bazaar lebih kecil daripada grand bazaar dan lebih banyak barang2 mentah seperti rempah ratus, serbuk teh, manisan turki, keju, daging, madu dll berbanding grand bazaar yang lebih banyak barang perhiasan, t-shirt, carpet, tembaga, dll.

spice bazaar

saya tak pasti spice bazaar mempunyai berapa pintu.. tapi laluannya umpama hanya ada 2 pintu. kami hanya mengikut arus manusia yg ramai dan tiba di pintu satu lagi, berhadapan kawasan eminonu, berhampiran yenii camii (masjid baru yg dibina pada tahun 1548?). hujan lebat ketika azan asar berkumandang.. kami lantas berteduh & bersolat di dalam yenii camii. usai azan kami hanya berlegar2 di terowong bawah menuju ke stesen lrt eminonu dan seterusnya pulang ke rumah.. dalam perjalanan kami turun di stesen Aksaray utk ke AVM Outlet (underground shops). tiada yg menarik pada pandangan mata kami dan kami meneruskan perjalanan pulang ke rumah sewa.

niat dihati nak ke shopping mall: forum istanbul menggunakan metro - train bawah tanah (stesen aksaray) tapi anak2 dah keletihan berjalan.. hanya suami keluar berseorangan ke shopping mall berhampiran iaitu historia shopping mall.

tips hari kedua:

  • sediakan payung sebelum hujan!
  • sediakan list barang yg nak dibeli dan utk siapa kalau dah tahu nak ke bazaar :D


No comments: